Analisis kesalahan EYD pada artikel berikut ini PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan air bawah tanah yang kini
B. Indonesia
rantika401
Pertanyaan
Analisis kesalahan EYD pada artikel berikut ini
PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan air bawah tanah yang kini hanya digunakan sebanyak 1.5 peratus, menjadi sumber air baharu untuk kegunaan domestik dan komersial.
Katanya, berdasarkan Panduan Industri Air Malaysia 2016, peratusan penggunaan air bawah tanah sangat sedikit, berbanding 82.4 peratus dari sungai dan 16.1 peratus dari empangan.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Sumber Air Negara berkata, ini menunjukkan bahawa sumber air negara terlalu bergantung kepada air permukaan yang sangat sensitif kepada perubahan cuaca dan iklim.
"Sumber air bawah tanah negara pula sangat banyak, iaitu kira-kira tiga trilion kubik meter, tetapi tidak diterokai sepenuhnya," katanya ketika merasmikan Sambutan Air Sedunia 2017 peringkat kebangsaan di Dataran Teluk Kemang di sini, hari ini.
Dr Ahmad Zahid berkata, kebergantungan kepada sumber air permukaan terbukti ketika kejadian kemarau berpanjangan yang melanda negara pada 2014 dan 2016 menyebabkan beberapa negeri mengalami krisis hingga catuan bekalan air terpaksa dilakukan.
Katanya, keadaan yang berlaku itu juga disebabkan empangan utama mengalami penyusutan kapasiti takungan, menyebabkan usaha perlu dilakukan untuk menerokai kaedah penyimpanan air alternatif sebagai jaminan air negara.
"Ini adalah cabaran besar yang saya perlu tangani, tetapi semua pihak tidak perlu menuding jari antara satu sama lain, sebaliknya Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa air perlu bekerjasama untuk membaiki kelemahan sistem pengurusan air sekarang," katanya.
Januari lalu, laporan khas Berita Harian pernah melaporkan isu penggunaan air bawah tanah.
Melalui laporan itu, Malaysia tidak sepatutnya berdepan krisis bekalan air kerana negara memiliki jumlah air bawah tanah yang banyak dan seharusnya digunakan kerajaan dalam usaha menangani masalah bekalan air bersih.

2 Jawaban
-
1. Jawaban cindi67
melaporkan berita informasi yang baik -
2. Jawaban karinala
menteri,seri,peratus